Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Buat ‘Baby Reveal’ Di Tempat Awam, Wanita Tahan Malu Disuruh Bersihkan Semula Sampah

Sudah menjadi ‘trend’ masa kini apabila pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata membuat baby reveal untuk mendedahkan jantina anak.

Pelbagai cara kita dapat lihat di media sosial dan ada di antara mereka memilih melakukannya secara outdoor sebelum dirakam dan dikongsikan di media sosial.

Pecahkan belon isi kertas kecil2

Hal ini samalah seperti seorang wanita hamil dikenali sebagai @resaagustina094 apabila turut melakukan hal sama sempena kehamilannya itu.

Menerusi muat naik yang dibuat kira-kira sebulan yang lalu, wanita Indonesia berkenaan telah memecahkan belon yang mengandungi kertas yang dipotong kecil-kecil mengikut warna mewakili anak dalam kandungan sebelum ia beterbangan di udara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@resaagustina094

iyaa2 aku tanggung jawab kog 😭#fyp #NonStopAntiNgedrop #genderreveal

♬ Originalton – Pfeifer Mathias

Kena kutip sampah yang bersepah

Namun, apa yang membuatkan ramai ‘tercengang’ adalah tindakan petugas dikawasan padang itu yang menghampirinya dan menegur tindakan wanita berkenaan.

Petugas tersebut telah memintanya untuk membersihkan semula sampah yang dibuat ketika merakam konten tersebut kerana telah melakukan kekotoran di kawasan umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@resaagustina094

Membalas @jenitakumalasr sudah mulai terdengar suara jangkrik, blm juga selesai 🥺

♬ suara asli – resaagustina094 – resaagustina094

Perkongsian yang dibuat pengguna TikTok di Indonesia itu telah ditonton lebih dari 21 juta viewers dalam masa lebih sebulan kerana berpuas hati melihat tindakan tegas dibuat petugas di kawasan awam itu.

Mana tidaknya, majlis ‘baby reveal’ yang dibuat telah menyebabkan kekotoran di padang tersebut yang pasti menjadi tempat orang lain beriadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video lama katanya

Walau bagaimanapun, ada dakwaan mengatakan yang video tersebut telah dikongsikan semula dan ia berlaku sekitar tahun 2021.

@resaagustina94

Demi Konten 😆 #trimester2 #genderrevealparty #genderreavel #pregnancy #21weekspregnant #fyp #pageforyou #genderrevealideas #fypシ

♬ suara asli – Resa Agustina – Resa Agustina

Apa-apa pun, mereka yang membuat kekotoran di kawasan umum harus bertanggungjawab dan tidak membiarkan sahaja sampah di lokasi tersebut kerana ia adalah perkara yang sangat tidak wajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @resaagustina094

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd