Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Buat Aksi ‘Drift’ Sehingga Langgar Kereta Lain, Pemandu Ditahan Polis

Seorang pemandu ditahan polis pada Rabu selepas melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas dan melanggar sebuah kenderaan yang di parkir di Jalan Desa Botani 1, Taman Desa Botani, Batu Pahat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supt. Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pemandu kereta jenis Toyota Supra itu disyaki melakukan aksi berbahaya tersebut sekitar jam 12.15 tengah malam Selasa.
“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Batu Pahat telah mengesan video tular berdurasi 37 saat di laman Facebook memaparkan kejadian tersebut
“Bertindak atas maklumat dan hasil siasatan serta risikan lanjut, pemuda terbabit yang bekerja sebagai pekerja kilang ditahan tengah hari Rabu dan ujian saringan air kencing suspek didapati negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahrulanuar berkata, tahanan reman ke atas suspek yang berusia 20 tahun itu akan dipohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd