Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bosan Dengan Spekulasi Bertebaran, Han So Hee Perjelas Keadaan Sebenar

Pelakon terkenal, Han So Hee mencipta kontroversi yang berpunca daripada kenyataannya sebelum ini mengenai perpisahan antara pelakon, Ryu Jun Yeol dan Hyeri sehingga menjadi topik hangat di Korea Selatan.

Dalam pada itu, So Hee telah memuat naik siaran terbaru iaitu kenyataan panjang lebar dan permohonan maaf berhubung situasinya dengan Hyeri dan Jun Yeol menerusi laman media sosial Instagram sebelum bertindak memadamnya.

“Saya sudah bosan dengan semua spekulasi yang berlegar, mengejar kebahagiaan dalam hidup ini akhirnya membawa saya ke sini.
“Pada November 2023, itu adalah pertemuan pertama kami, jadi komen yang mengatakan kami mengenali satu sama lain sebelum dari itu adalah salah sama sekali,” tulisnya menerusi Instagram.

Pelakon Gyeongsong Creatures itu turut menjelaskan dirinya telah memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya dengan cara baik sebelum memulai hubungan dengan pelakon Reply 1988 kerana merasakan hubungan kali ini lebih sihat dari segi fizikal dan mental, kerana bukan semata-mata kerana penampilan.

View this post on Instagram

A post shared by 한소희 (@xeesoxee)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sendiri berasa kecewa kerana salah seorang daripada kami diam dan saya bimbang orang ramai akan membuat spekulasi tanpa asas dan menganggap ini semacam ‘cinta transit’ walaupun bukan.
“Saya bukan jenis orang yang akan bercakap sambil lewa, dan saya tidak mahu menimbulkan masalah kepada orang yang menyokong saya, syarikat saya dan rakan sekerja saya kerana saya mempunyai tanggungjawab untuk melindungi mereka,” tambahnya.

Wanita berusia 30 tahun itu turut memaklumkan dirinya berharap agar orang ramai yang mengkritik dirinya dapat melihat dengan adanya bukti yang jelas dan berhenti menghina keluarganya, pendidikannya, serta penampilan dirinya.

“Saya telah meminta maaf, tetapi mungkin ia tidak mencukupi. Jaangan risau mengenai perkara ini, saya juga ingin memohon maaf kepada peminat senior (Hyeri) atas tindakan saya yang mungkin terlalu terburu-buru. Saya akan sentiasa mengakui kesilapan saya, tidak kira berapa lama masa berlalu,” tulisnya lagi.

Foto: Soompi

Pelakon The World of The Married turut memberitahu dirinya sedar mungkin orang ramai akan berfikir dirinya tidak dapat mengawal keadaannya dengan mengeluarkan kenyataan ini, tetapi dia tidak boleh terus berdiam diri dan perlu memberitahu perkara sebenar kepada semua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

So Hee turut berpesan, sekiranya apa yang diberitahunya ini adalah satu pembohongan, para wartawan boleh ‘membidasnya’ melalui artikel dan dia berkeras bahawa sesiapa sahaja boleh menghubungi dirinya termasuk senior (Hyeri) yang dia tidak dapat dihubungi.

Untuk rekod, agensi So Hee mengesahkan bahawa penajaan pelakon itu dengan Lotte Chilsung Beverage, Chum Churum Soju, dan Nonghyup Bank telah tamat tempoh pada Mac tanpa pembaharuan kontrak.

Sumber: Twitter Pop Base

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd