Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bos Louis Vuitton Individu Terkaya Di Dunia, Elon Musk Jatuh Tempat Kedua

Pemilik jenama Louis Vuitton, Bernard Arnault telah mencipta sejarah baharu apabila namanya menjadi individu terkaya di dunia oleh indeks Billionaires Bloomberg.

Difahamkan, Arnault yang juga merupakan pemilik kepada jenama mewah yang lain seperti Dior, Tiffany dan Bulgari memiliki aset kekayaannya berjumlah AS$70.6 billion (RM751 bilion).

Rekod tersebut sekali gus telah mengalahkan nilai aset yang dimiliki oleh pengasas Tesla, Elon Musk yang telah jatuh ke ‘ranking’ kedua dengan nilai AS$163.1 bilion (RM717 bilion).

Ketika pandemik Covid-19 dahulu, nilai Elon Musk banyak bergantung kepada prestasi Tesla namun, kerisauan terhadap pengeluaran menyebabkan ia jatuh merundum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, perniagaan bagi LVMH telah meningkat naik sebaik sahaja pembelian secara fizikal telah bermula selepas sekatan Covid-19 ditarik balik oleh kerajaan mereka.

Sekadar info, pengerusi dan pengasas syarikat Amazon, Jeff Bezos pula menduduki tempat kelima individu terkaya di dunia dengan nilai aset bersih berjumlah AS$108.4 bilion (RM476.69 bilion).

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd