Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Terus Unggul, Bonnie Bunyau Raih Emas Piala Dunia 2025

Atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin, sekali lagi membuktikan kehebatannya di peringkat antarabangsa apabila berjaya merangkul pingat emas dalam kejohanan Piala Dunia 2025 yang berlangsung di Beijing, China.

Bonnie catat angkatan terbaik 215kg

bonnie

Foto: Astro Awani

Menurut laporan Berita Harian Online, dalam saingan kategori lelaki 72 kilogram (kg) yang diadakan di China Administration of Sports for Persons with Disabilities (CASPD), beliau mencatatkan angkatan terbaik seberat 215kg, sekali gus mengekalkan dominasi dalam kategori tersebut.

Artikel lain: Sukan SEA 2025: Mohd Manshahar Dicadang Kembali Terajui Skuad Olahraga Kebangsaan

Walaupun catatan itu belum mampu mengatasi rekod dunia miliknya iaitu 232kg yang dicipta semasa meraih emas di Sukan Paralimpik Paris 2024, prestasi terkini Bonnie tetap dianggap cemerlang dan membanggakan negara.

bonnie

Foto: BH

Dalam pertandingan yang sama, wakil Cuba, Jesus Cuevas Cisneros, meraih pingat perak selepas mencatat angkatan seberat 175kg, manakala atlet dari India, Ramubhai B. Bhambava, membawa pulang gangsa dengan angkatan 151kg.

Sumber: Berita Harian Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd