Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

BMT Ringankan Beban Pekebun Kecil & Penoreh Getah Hadapi Musim Tengkujuh

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memperuntukkan sebanyak RM255 juta bagi membantu pekebun kecil getah di seluruh negara yang terkesan akibat musim tengkujuh tahun ini.

KKDW beri peruntukan sebanyak RM255juta

Usaha ini merupakan langkah proaktif yang memperlihatkan kesungguhan Kerajaan dalam membantu meringankan beban dan menyokong kesejahteraan mereka dalam menghadapi cabaran pengeluaran hasil getah ketika ini.

pekebun kecil

Kredit foto: FB Ahmad Zahid Hamidi

Beri manfaat kepada pekebun kecil & penoreh getah

Sebanyak 311,596 permohonan telah diterima daripada jumlah sasaran penerima yang ditetapkan iaitu 318,750 individu melibatkan tiga agensi yang bertanggungjawab mengendalikan pembayaran ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah menerima sebanyak 230,735 permohonan.

Manakala bagi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), sebanyak 69,077 permohonan diterima dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebanyak 11,784 permohonan.

pekebun kecil

Sekadar gambar hiasan

Bantuan  mulai disalurkan November lalu kepada pekebun kecil getah

Bagi fasa penyaluran bantuan setakat ini, ketiga-tiga agensi telah mencapai prestasi bayaran RM140,829,600 yang mana pekebun kecil dan penoreh getah RISDA sebanyak RM76,140,800. Manakala, LIGS sebanyak RM55,261,600 dan FELDA sebanyak RM9,427,200.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara keseluruhannya, setakat Disember, 271,213 permohonan telah diluluskan dan pemohon telah menerima bayaran sebanyak RM200 bagi bulan November dan Disember tahun 2023.

Baki bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Januari dan Februari tahun 2024 menjadikan jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM800.

pekebun kecil

Sekadar gambar hiasan

Artikel lain: Pengeluaran Getah Asli Malaysia Meningkat 0.6 Peratus Pada Oktober 2023

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelayakan penerima BMT melalui RISDA perlu merujuk kepada syarat utama yang ditetapkan, iaitu memiliki dan mengusahakan tanah bertanam getah tidak melebihi 2.5 hektar.

Penyediaan BMT adalah untuk memastikan sokongan berterusan daripada Kerajaan kepada pekebun kecil dan penoreh untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti perladangan getah dan menjana kemakmuran yang berpanjangan dalam sektor pertanian.

Kerajaan berharap usaha ini memberi kesan positif kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat serta membawa kepada peningkatan kualiti kehidupan pekebun kecil secara keseluruhannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Anas Zul Amirul Sidi, terus menjadi perhatian apabila kisah rumah tangganya bersama bekas isteri, Suffi Sofea, terbongkar penuh...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggunakan pendekatan konsep Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) bagi meningkatkan kerjasama antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat dalam usaha...

Lokal

Satu sindiket dadah di Lembah Klang yang menyamar sebagai pengusaha besi buruk, ladang ayam dan kebun kelapa sawit akhirnya tumpas selepas polis merampas 2,381...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd