Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Blogger Hindu Hampir Bertemu Malaikat Maut Selepas Buat Cabaran Tanam Hidup2 Dalam Kubur

Seorang blogger Hindu yang dieknali sebagai Nikku Vlogz hampir hilang nyawa selepas membuat cabaran tanam diri sendiri dalam kubur selama 24 jam sambil ditemani seorang rakn.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Nikku menunjukkan persiapan dengan menggali lubang kubur sebagai eksperimen untuk tontonan ramai.

@ammarasyrafensem

Never challenge ALLAH (SWT)

♬ original sound – Abubaker

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video tersebut, beberapa kemudahan telah disediakan seperti elektrik, penghawa dingin, internet, lampu dan tilam untuk kegunaan mereka ketika membuat cabaran itu selama 24 jam.

Sebaik sahaja semua persiapan selesai dilakukan, Nikku dan seorang rakannya masuk ke dalam lubang tersebut dengan gembira dan mengunci diri mereka tanpa berasa takut.

Bagaimanapun, kegembiraan mereka hanya sementara kerana apabila menjelang malam, keadaan cuaca hujan lebat secara tiba-tiba sehingga menyebabkan liang lahad dibanjiri air.

Keadaan tersebut telah menyebabkan Nikku dan rakannya menjadi panik memandangkan air semakin memasuki liang lahad dan orang ramai cuba menggali semula lubang demi menyelamatkan nyawa mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Usaha tersebut membuahkan hasil apabila Nikku dan rakannya berjaya diselamatkan dan mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

Sumber: TikTok @ammarasyrafensem

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd