Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Blackpink Cipta Sejarah, Pink Venom Kekal No.1 Muzik ‘Trending’ Di YouTube

Baru-baru ini, kumpulan Kpop terkenal Korea Selatan, Blackpink telah membuktikan mereka adalah kumpulan yang paling terpengaruh dalam dunia hiburan dimana telah berjaya kekal sebagai nombor satu muzik ‘trending’ di laman YouTube.

Malah, kumpulan itu juga mencatat jumlah 80 juta subscriber untuk laman YouTube mereka sendiri, sekaligus menjadikan mereka sebagai artis pertama yang mencapai jumlah tersebut.

Jumlah itu berjaya dicatatkan selepas enam tahun dan tiga bulan semenjak mereka membuat akaun rasmi di laman YouTube buat para peminat.

Bukan itu sahaja, selepas dua minggu lagu terbaharu mereka yang bertajuk Pink Venom itu ditayangkan kepada umum, mereka merekodkan jumlah tontonan lebih 260 juta kali, secara tidak langsung ia merupakan satu pencapaian yang baharu dalam industri Kpop.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk info, pada 28 Jun 2016, Blackpink yang terdiri daripada empat orang ahli kumpulan secara rasminya telah membuka akaun YouTube dimana dua bulan awal sebelum tarikh debut mereka dalam dunia hiburan Kpop.

Sumber: Kosmo (Nor Eryani Yusup)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 1,899 anak muda kini melangkah keluar dari kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan pengalaman baharu, keyakinan diri yang semakin kukuh serta...

Nasional

Dunia hari ini bukan lagi berdepan ancaman peperangan semata-mata. Serangan siber, perkembangan teknologi dan bencana alam juga boleh menggugat keselamatan sesebuah negara tanpa mengira...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) membuka ruang kerjasama industri pertahanan antara syarikat Malaysia dan Perancis menerusi beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi,...

Nasional

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tampil memberikan penjelasan berhubung cadangan transaksi melibatkan Boustead Plantations Berhad (BPlant) selepas perkara itu mendapat perhatian menerusi laporan media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd