Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bintang Muda Biliard Negara, Muhammad Afiq Maut Kemalangan

Bintang muda biliard negara, Muhammad Afiq Abdullah dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada awal pagi Rabu.

Memetik laporan NST, bintang biliard berusia 13 tahun itu disahkan maut di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki bersama empat ahli keluarganya hilang kawalan ketika melalui selekoh, kira-kira jam 2.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 21 tahun sedang bergerak dari arah Senawang menuju ke arah Ampangan, Seremban bersama empat pemumpang.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mangsa dikatakan hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas ke longkang di bahu kanan jalan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

bintang biliard

Empat lagi iaitu dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang remaja lelaki cedera dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Preisden Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF), Melvin Chia mengucapkan takziah kepada keluarga Afiq dan mengakui Malaysia telah kehilangan bintang sukan tersebut.

Pihaknya juga sudah mempunyai perancangan besar untuk Afiq yang telah bermain dari usia sembilan tahun kerana menunjukkan potensi menjadi juara.

Malah, mereka juga telah bercadang untuk menempatkan Muhammad Afiq di Sekolah Sukan Bukit Jalil bersama beberapa lagi anak muda untuk memulakan program pembangunan baharu pada tahun hadapan.

“Ibu bapanya juga telah bersetuju. Malangnya, nasib telah menafikan peluang tersebut, ia adalah satu kehilangan besar dalam arena sukan, MSBF dan negara kita,”katanya.

Artikel lain : Kereta Hancur! Pemain Badminton Indonesia Syabda Perkasa, Ibu Maut Dalam Kemalangan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Melvin, Afiq berasal daripada keluarga snuker memandangkan bapanya seorang pemain profesional, manakala ibunya bekerja di pusat snuker.

Sumber: NST 

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd