Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bintang China Terbabit Dakwaan Langgan Pelacur, Nama Digugur Dari Pelbagai Jenama

Seorang bintang popular dari China, Li Yifeng ditangkap pihak berkuasa pada 11 September lalu selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran (dakwaan melanggan pelacur berulang kali).

Memetik laporan South China Morning Post, pelakon berusia 35 tahun itu telah ditahan polis Beijing selain membuat pengakuan atas kesalahan tersebut.

Berikutan dakwaan itu, dia yang pernah membawa watak sebagai pemimpin komunis Mao Zedong menerusi filem The Pioneer tahun lalu hilang pelbagai tawaran berkaitan kerjayanya.

Selain digugurkan sebagai duta bagi jenama gergasi termasuk Prada, nama Li juga ‘disenarai hitam’ dalam beberapa projek besar selain klip video miliknya juga ditarik dari tayangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Li yang juga popular sebagai Evan Li merupakan nama sangat terkenal di negara tersebut dengan memiliki 60 juta pengikut di platform seperti Weibo.

Difahamkan, pelakon berasal dari Chengdu itu mula dikenali ramai selepas menyertai sebuah program pertandingan bakat pada tahun 2007 sebelum menyerlah dalam bidang lakonan.

Untuk makluman, aktiviti pelacuran adalah dilarang di bawah undang-undang China yang boleh membawa kepada hukuman penjara.

Sumber: South China Morning Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd