Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bimbang Aspek Keselamatan, Selangor FC Mohon Tunda Perlawanan Piala Subangsih

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan akan membuat perbincangan mengenai keputusan status perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2024/2025 membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC (SFC) pada Jumaat ini.

Menurut satu laporan Buletin TV3, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, wujud faktor kebimbangan mengenai aspek keselamatan oleh pihak SFC sehingga mendorong mereka menghantar permohonan rasmi kepada MFL.

Foto: New Straits Times

“Saya boleh sahkan harini pihak SFC telah buat permohonan secara rasmi, sekiranya pihak MFL dan JDT bersetuju untuk perlawanan Piala Sumbangsih hari Jumaat ini kalau dapat diubah, bukan dibatalkan, diubah, atas dasar keselamatan.
“Saya tidak boleh dedah dan ulas lanjut mengenai alasan (faktor alasan) itu, kami sudah maklumkan secara rasmi kepada MFL, jadi biar mereka teliti,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC pula menjelaskan bahawa pihaknya membuat permohonan tersebut kerana didorong beberapa sebab yang tidak dinyatakan.

Foto: FB Malaysian Football League

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata, pihaknya berharap MFL dan juga pasukan lawan, JDT mempertimbangkan permohonan untuk menunda perlawanan antara Red Giants menentang Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada jam 9 malam Jumaat ini.

Untuk makluman, Selangor FC pernah menjuarai perlawanan Piala Sumbangsih pada musim 2010, manakala JDT selaku juara bertahan Liga Super telah merangkul Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali keenam berturut-turut.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd