Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bilionair Ketujuh Terkaya Malaysia Meninggal Dunia Pada Usia 75 Tahun

Bilionair yang juga merupakan individu ketujuh terkaya di Malaysia, Tan Sri Dr Chen Lip Keong telah meninggal dunia pada usia 75 tahun, Jumaat lalu.

Berita berkenaan diumumkan oleh NagaCorp Ltd, syarikat diasas oleh mendiang yang disenaraikan di Hong Kong, lapor The Edge Malaysia.

“Lembaga Pengarah. NagaCorp Ltd dengan rasa sedih mengumumkan bahawa Tan Sri Dr Chen Lip Keong, Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Kumpulan dan pengarah eksekutif syarikat, meninggal dunia pada 8 Disember 2023 kerana sakit.
“Bagi pihak semua kakitangan kumpulan, Lembaga Pengarah ingin melahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian Dr Chen dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.
“Lembaga Pengarah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Chen di atas kepemimpinan, bimbingan dan sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada kumpulan semasa beliau memegang jawatan,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi KHEX.

Bilionair Malaysia meninggal dunia

Mendiang telah menubuhkan asas kumpulan perniagaan yang kukuh selepas lebih 28 tahun mencapai pertumbuhan yang mantap.

Malah, kepimpinan mendiang amat disegani kerana telah mencapai pertumbuhan dan pembangunan yang luar biasa selepas bertahun mengemudi perniagaan dengan teliti, selain mahir dan strategik membuat pengurusan dalam bidang keusahawanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Di bawah kepimpinan berwawasan Dr Chen, kumpulan itu telah mencapai pertumbuhan dan pembangunan yang luar biasa selepas bertahun-tahun menavigasi perniagaan dengan teliti dan pengurusan yang mahir dan strategik,” menurut kenyataan lagi.

Sementara itu, Lembaga Pengarah juga mengumumkan pelantikan semula Chen Yiy Fon, pengarah eksekutif syarikat, berkuat kuasa 10 Disember 2023, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu untuk mengambil alih kepimpinan syarikat itu dan untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebelum ini yang dipegang oleh Dr Chen.

Bilionair Malaysia meninggal dunia

Yiy Fon merupakan anak kepada mendiang dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif -Operasi syarikat sejak 5 April 2022.

Syarikat tersebut juga akan terus beroperasi seperti biasa dengan mematuhi perniagaan strategi yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.

Kematian mendiang Dr Chen juga dikatakan tidak mendatangkan kesan terhadap material ke atas operasi kumpulan.

Sekadar info, Dr Chen merupakan individu ketujuh terkaya Malaysia dengan memiliki kekayaan atau nilai bersih AS$2.8 bilion (RM13.11 bilion).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Penyampai Berita, Raymond Goh Meninggal Dunia

Sumber: The Edge Malaysia

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Dunia

Tentera Iran pada Sabtu mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz hanya beberapa jam selepas ia dibuka, ketika lebih sedozen kapal dagang sedang melalui laluan maritim...

Lokal

Seorang anggota polis yang didakwa melakukan pencerobohan dan khianat terhadap rakan setugas dikenakan hukuman denda RM1,000 serta perintah berkelakuan baik selama dua tahun selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd