Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Biar Anak Pandu Kereta Sendirian, Bapa Kanak-kanak Lelaki Autisme Disaman

Polis Daerah Sibu dilaporkan telah mengenakan tindakan saman ke atas bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tular di media sosial mengenai rakamannya sedang memandu sebuah kenderaan secara bersendirian di Jalan Kampung Nyabor, Sibu, Sarawak semalam.

Menerusi satu laporan Majoriti, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, kanak-kanak tersebut bersama dengan kedua-dua ibu bapanya telah dibawa ke Pejabat Trafik Polis Sibu untuk siasatan lanjut.

Foto: Borneo Post Online

“Tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan kira-kira pukul 6.50 petang Rabu.
“Hasil siasatan mendapati pemandu kereta tersebut iaitu kanak-kanak lelaki berkenaan menghidap autisme dan mempunyai rekod perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sibu,” katanya.

Zulkipli juga berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung dengan satu video yang berdurasi 28 saat, tular di laman sosial kira-kira pada pukul 3 petang, 5 Jun semalam .

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Borneo Post Online

“Rakaman itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan memandu kereta secara bersendirian di Jalan Kampung Nyabor,” ujar beliau.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan aksi seorang kanak-kanak lelaki sedang memandu sebuah kenderaan jenis Hyundai I10 di sebuah jalan raya dan ditahan oleh orang awam.

Sumber: Majoriti (Adriana Mroon Ambrose)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd