Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Beza Usia 26 Tahun, Model Ukraine Jadi Pilihan Hati Leonardo DiCaprio?

Pelakon Bollywood terkenal, Leonardo DiCaprio dikhabarkan sedang menjalin hubungan percintaan bersama seorang model dari Ukraine selepas dia memutuskan hubungan percintaan empat tahun bersama bekas kekasihnya sebelum ini.

Menurut laporan Mirror, difahamkan pelakon yang berusia 48 tahun itu bercinta bersama wanita yang bernama Maria Beregova yang baru sahaja berusia 22 tahun.

Meskipun perbezaan umur mereka 26 tahun, itu bukan penghalang buat pasangan merpati dua sejoli itu untuk menjalinkan hubungan istimewa.

Bukan itu sahaja, apa yang menarik perhatian netizen, bintang filem Titanic itu dikatakan telah bercinta bersama Beregova selepas dua hari dia memutuskan hubungan dengan bekas teman wanitanya, Camila Morrone.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, menurut sumber terdekat pelakon itu, dipercayai Beregova pernah mendirikan rumah tangga dengan cucu seorang pengusaha kaya, Massoud Abdelhafid iaitu Ahmed Abdulhafid.

“Wanita itu dilahirkan di Ukraine, namun kini tinggal di London dan mewarisi perusahaan farmasi milik keluarganya,” jelas sumber tersebut.

Sumber: Mirror, Kosmo (Mohammad Shahemy Azmi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd