Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Besi 100kg Dari Lori Melantun Tembusi Cermin Kereta, Lelaki Maut Di Tempat Kejadian

Seorang lelaki maut selepas terkena besi penyambung longshaft yang tercabut daripada sebuah lori tipper lalu meluru masuk ke dalam Perodua Alza yang dinaikinya dalam kejadian di Jalan Sri Bengkal, Sri Gading, pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian, insiden berlaku sekitar jam 8.30 pagi ketika mangsa, Juhari Murid, 63, bersama beberapa keluarganya dalam perjalanan dari Senggarang menuju FELDA Pemanis, Segamat bagi menyelesaikan urusan keluarga.

besi

Foto: Media Sosial

Besi seberat lebih 100 kilogram itu dikatakan terpelanting dan menembusi cermin hadapan kereta berkenaan, menyebabkan Juhari mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia serta-merta.

Artikel lain: Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dalam Kereta Rosak, Mekanik Terhidu Bau Pelik

Sebaliknya, isterinya Zaina Khalid, 58, dan tiga adik mangsa termasuk pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut maklumat awal, kereta keluarga itu berselisih dengan lori terbabit sebelum komponen besi itu tercabut.

besi

Foto: Media Sosial

Anak mangsa, Noor Shahin, 31, berkata dia tidak menyangka panggilan daripada sepupunya membawa berita bahawa bapanya terlibat dalam kemalangan dan sudah tiada.

“Sejak semalam hati saya rasa tak sedap bila ibu maklumkan mereka hendak ke Segamat. Rupanya itu firasat kehilangan,” katanya.

Menurutnya lagi, dia sempat membuat panggilan video bersama arwah dan pada ketika itu bapanya kelihatan ceria serta teruja mahu berjumpa cucu, Mohd Aidan Rizki Firdaus, yang baru berusia tiga bulan.

besi

Foto: Media Sosial

“Saya sepatutnya pulang hari ini, tapi akhirnya hanya untuk melihat ayah buat kali terakhir,” ujarnya.

Seorang lagi anak arwah, Mohd Danis Hakim, 22, menzahirkan harapan agar pihak pemilik lori atau syarikat terlibat dikenakan tindakan tegas atas kecuaian yang menyebabkan kehilangan nyawa.

“Ajal memang ketentuan Tuhan, tetapi kecuaian masih punca utama. Saya tak mahu kejadian sama menimpa orang lain,” jelasnya.
besi

Foto: Media Sosial

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mengesahkan laporan berkaitan kejadian diterima dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.

Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd