Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Berulang Kembali, Pesawat Terhempas Di Elmina Lokasi Sama Insiden Japan Airlines 715

Sejak semalam, negara telah digemparkan dengan satu insiden yang sangat menyayat hati dimana sebuah pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam.

Difahamkan, pesawat tersebut membawa lapan orang penumpang termasuk dua kru dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang sebelum dilaporkan terhempas di lebuhraya Guthrie.

Antara mangsa yang terkorban termasuklah Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun manakala dua orang awam turut meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Tragedi Japan Airlines 715 (1977)

Apa yang mengejutkan ramai, kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku malah, pada 27 September 1977, sebuah pesawat penerbangan milik syarikat Japan Airlines 715 telah terhempas di sebuah ladang getah berdekatan bukit di Elmina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian itu, Pesawat McDonnell Douglas DC-8 telah membawa seramai 79 orang yang terdiri daripada 69 penumpang dan 10 anak kapal.

Bagaimanapun, insiden itu turut mengorbankan 34 nyawa termasuklah 26 penumpang dan lapan kru kapal dan rata-rata yang meninggal dunia adalah warganegara Jepun.

Kronologi perjalanan

Pesawat McDonnell Douglas DC-8 yang telah berlepas dari Hong Kong selama dua jam mendapat kelulusan daripada awalan trafik udara LTSAAS untuk mendarat di landasan 15.

Pun begitu, keadaan cuaca yang buruk menyebabkan pesawat tersebut terhempas di sebuah bukit yang terletak kira-kira 6.4 kilometer (4 batu) daripada lokasi mendarat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil siasatan mendapati, Rangkaian Keselamatan Penerbangan mendedahkan pesawat itu melakukan penerbangan buat pertama kali pada tahun 1971.

Sumber: Sinar Daily

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd