Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bertengkar Sebab Lelaki, Bekas Ustazah Pukul Rakan Sekerja Hingga Parah

Seorang wanita yang dipercayai bekas ustazah di sebuah sekolah rendah agama (SRA) didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan memukul rakan sekerjanya hingga parah selepas mangsa menuduh dirinya keluar dengan lelaki.

Menurut laporan mStar, wanita yang dikenali sebagai Nurul Hidayah Khairuddin, 24, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Difahamkan, Nurul Hidayah telah memukul mangsa yang bernama Nurul Nadirah Ahmad Ropie, 24, hingga parah susulan berlaku pertengkaran bertempat di Kelas 2 Omar di SRA Jabatan Agama Melaka (JAIM) daerah Melaka Tengah pada 2.40 petang, 28 September 2022.

Menceritakan kembali kejadian itu, pertengkaran antara mereka berlaku apabila Nurul Hidayah berasa marah terhadap mangsa yang memfitnah dirinya dengan memberitahu kepada guru besar keluar berduaan bersama lelaki lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, tindakan telah diambil dengan memberhentikan perkhidmatannya sebagai pengajar serta merta oleh pihak sekolah tersebut.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sumber: mStar 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Himpunan RXZ Members 8.0 mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar sejak program itu diperkenalkan pada 2017....

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd