Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bersatu Padu! Hampir 2,300 Peserta Pelbagai Kaum Sertai Karnival Liga Sukan Uniti 2024

Karnival Liga Sukan Uniti 2024

Karnival Liga Sukan Uniti peringkat Kebangsaan 2024 mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan hampir 23,000 peserta membabitkan 2,300 pasukan di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami yang mewakili Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Agong merasmikan karniva berkenaan di Uptown Sports Bangi, Selangor, hari ini.

Sebanyak tiga sukan dipertandingkan dalam program anjuran Kementerian Perpaduan Negara iaitu bola jaring, badminton dan futsal.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Buat julung kalinya, penyertaan Liga Sukan Uniti ini diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata sukan boleh menjadi antara medium penyatuan pelbagai etnik yang paling berkesan kerana rakyat Malaysia secara umumnya sinonim dengan semangat kesukanan tinggi dalam masyarakat.

“Sukan adalah antara unsur yang dilihat sebagai medium penyatuan pelbagai etnik yang paling berkesan di Malaysia kerana rakyat Malaysia secara umumnya amat sinonim dengan semangat kesukanan yang tinggi dalam masyarakat.
“Tambah beliau lagi, Liga Sukan UNITI juga mewujudkan satu platform bagi memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama,”katanya dalam ucapan perasmian program itu.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Perpaduan Negara Saraswathy Kandasami.

@ohmymedia.cc

Jom ramai-ramai meriahkan Liga Sukan Uniti 🇲🇾 pada 26 Oktober 2024 (Sabtu) & 27 Oktober 2024 (Ahad) di Uptown Sports, Bandar Baru Bangi, Selangor #OhMyMedia #SukanUniti #LigaSukanUniti #CapCut

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – OlympicMAS – OlympicMAS

 

 

Difahamkan, keunikan karnival ini ditetapkan berdasarkan syarat penyertaan pasukan daripada kaum yang berbeza bagi membolehkan setiap pemain dapat bergaul antara kaum seterusnya dapat memahami, menghormati dan menerima setiap perbezaan yang wujud. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelbagai pengisian menarik turut diadakan sempena karnival ini seperti Pameran Rumah Kami (dikenali Rumah Etnik), FoodUnites dan Pertandingan Sukan Tradisional serta persembahan istimewa daripada artis-artis terkenal tanah air. 

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd