Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bermula 1 Januari 2025, Tiada Lagi Bayaran Tunai Di KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi transaksi pembelian tiket bermula 1 Januari 2025 di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur.

Menurut laporan Sinar Harian, KTMB dalam satu kenyataan, memaklumkan pelaksanaan inisiatif itu bertujuan membentuk masyarakat lebih cekap, berdaya saing dan selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah digitalisasi, yang mengutamakan aspek keterangkuman, keselamatan dan ketelusan.

Foto: Facebook KTM Berhad

Langkah itu juga adalah untuk menyokong usaha kepimpinan negara memangkin transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi digital yang berdaya saing, termasuklah transformasi kepada masyarakat tanpa tunai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Rani Hisham Samsudin, berkata KTMB kini dalam fasa peralihan sehingga akhir tahun ini, untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai khususnya warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU), berhubung peralihan mod bayaran itu.

Foto: Carian Google

“Sepanjang tempoh peralihan, kaunter tiket masih menerima transaksi tunai, namun apabila inisiatif ini dilaksanakan kelak, semua transaksi akan dilakukan secara tanpa tunai,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Rani Hisham berkata hebahan juga dilakukan menerusi media sosial rasmi KTMB, edaran bahan promosi di stesen dan pengumuman dalam tren, selain pihaknya bekerjasama dengan bank tempatan untuk membantu mereka yang belum memiliki kad debit di stesen KTMB terpilih.

“Kakitangan barisan hadapan di stesen juga akan membantu pengguna mendaftar aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau kad Komuter Link dan membantu pengguna membeli tiket menerusi aplikasi atau kad itu, selain membantu pembelian tiket menerusi mesin kios,” ujarnya.

Foto: Facebook KTM Berhad

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rani Hisham berkata KTMB juga menawarkan 500 mata railpoints percuma untuk 1,000 pendaftaran KITS terawal dan mengedarkan 1,000 kad Komuter Link secara percuma, bagi menggalakkan sokongan orang ramai kepada transaksi tanpa tunai.

Kenyataan itu memaklumkan statistik menunjukkan sebanyak 82% penumpang menggunakan mod bayaran dalam talian bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan Shuttle Tebrau melalui KITS, manakala penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai bagi perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang dan Utara ialah 71%.

KTMB setakat ini juga mempunyai lebih tiga juta akaun berdaftar bagi pembelian tiket ETS, KTM Intercity, Shuttle Tebrau dan KTM Komuter di aplikasi KITS.

Sumber: Sinar Harian (Siti Aisyah Mohamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua beranak berdepan pertuduhan berasingan melakukan maksiat iaitu persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing menerusi prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu...

Dunia

Penyanyi wanita, Chayada Prao-hom dilaporkan meninggal dunia dipercayai selepas menjalani tiga sesi urutan di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Thailand, pada Ahad....

Lokal

Polis menyerbu sebuah restoran barbeku selepas dikesan mempromosikan peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan cetakan gambar pemimpin komunis di Bandar Botanic, Klang semalam....

Lokal

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan seorang pegawainya yang mengkritik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan perkataan tidak sopan. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd