Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Berkeluasan 500,000 Meter Persegi, Taman Tema Pertama Dragon Ball Bakal Dibina Di Arab Saudi

Syarikat Pelaburan Qiddiya yang berpangkalan di Arab Saudi mengumumkan taman tema pertama Dragon Ball bakal dibina di negara itu.

Menerusi satu kenyataan di laman web rasmi Dragon Ball, taman tema itu akan dibina di kawasan seluas 500,000 meter persegi.

Taman Tema Dragon Ball ini juga bakal menampilkan tujuh lokasi ikonik dalam siri animasi ini seperti Kame House, Capsule Corporation dan Beerus’ Planet.

Di taman ini, pelawat akan dapat menyertai pengembaraan bersama watak utama siri animasi ini iaitu Goku dan rakan-rakannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Beri Penghormatan Terakhir Buat Akira Toriyama, 20,000 Peminat Argentina Berkumpul Buat ‘Genki-Dama’

Selain itu, taman tema ini juga akan menampilkan lebih daripada 30 buah tarikan yang mana lima daripadanya merupakan tunggangan canggih.

Apa yang lebiuh menarik, pembinaan salah satu watak dalam siri animasi ini iaitu Shenron setinggi 70 meter juga dalam perancangan yang mana sebuah roller coaster akan dibina di dalamnya.

Taman tema pertama Dragon Ball bakal dibina di Arab Saudi

Disamping itu, taman tema ini juga akan dilengkapi dengan hotel dan restoran bagi membolehkan peminat-peminat Dragon Ball merasai keseronokan sepanjang hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Dragon Ball pertama kali disiarkan di majalah komik Weekly Shonen Jump Jepun pada tahun 1984 sebelum diadaptasi ke dalam filem, permainan video dan rancangan television yang diedarkan di lebih 80 negara.

Taman Tema Pertama Dragon Ball Bakal Dibina

Penciptanya, Akira Toriyama yang meninggal dunia baru-baru ini pada usia 68 tahun telah mendorong peminat-peminatnya dari seluruh dunia untuk memberikan penghargaan dan peringatan.

Sumber: Laman web rasmi Dragon Ball

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd