Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Berkat Sabar, Wanita Terima Mas Kahwin Motosikal & Kebun Sawit 2.5 Hektar

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Wilky Windya, 25, berkahwin dengan pasangannya, Redho Abdul Mufli, 25 dalam satu majlis baru-baru ini.

Pengantin perempuan itu menerima mas kahwin berupa sepasang peralatan solat, sebuah motosikal dan kebun kelapa sawit seluas 2.5 hektar.

Menurut Wilky, hubungan mereka melalui pelbagai fasa turun naik sehingga dia pernah menyekat komunikasi lelaki tersebut selepas beberapa kali dikecewakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hubungan saya dengannya bukan jalan yang mudah, itu sebab saya memberikan kapsyen ‘ketika kesabaran dibalas dengan kebun sawit’ kerana saya pernah beberapa kali dikecewakan olehnya,” katanya.
@wilkywindya

♬ nhạc nền – cblvvch – cblvvch

Beliau berkata, dia pernah menutup semua ruang komunikasi terhadap lelaki itu sebelum akhirnya Redho menunjukkan kesungguhan untuk kembali.

“Ketika kesabaran saya sudah habis, saya tidak mahu lagi berhubung dengannya, semua akses saya sekat. Dia merayu dan cuba menghubungi saya sehingga menggunakan nombor pejabat untuk menghubungi saya.
“Saya kemudian bergurau dan beritahu jika dia benar-benar serius, datanglah berjumpa keluarga saya,”kongsinya.

Menurutnya, pada awalnya dia tidak percaya terhadap kesungguhan tersebut, namun Redho akhirnya membuktikan komitmennya termasuk sokongan keluarga.

“Reaksi saya awalnya merasa tidak percaya kerana saya fikir itu hanya omongan belaka untuk pujuk saya kembali selepas beberapa kali dikecewakan.
“Tetapi keluarganya turut mengesahkan bahawa ia adalah serius dan satu kesungguhan,” jelasnya.

Sumber: Wolipop, TikTok wilkywindya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd