Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Berjaya Tumbangkan Filipina 2-0, Indonesia Mara Ke Pusingan Ketiga Piala Dunia 2026

Skuad Indonesia berjaya mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 setelah berjaya menewaskan pasukan Filipina, 2-0 dalam perlawanan Kumpulan F di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, pasukan Garuda yang dikendalikan oleh Shin Tae-yong itu telah meraih tiga mata sekali gus melayakkan pasukan di ranking 134 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ini untuk ke pusingan akhir Piala Asia 2027.

Foto: AFP

Perlawanan tersebut juga meletakkan Indonesia di kedudukan kedua dengan 10 mata di belakang Iraq yang memiliki 15 mata dalam kumpulan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Filipina yang telah tewas buat kali kelima telah meletakkan skuad di bawah kendalian Tom Saintfiet itu berada di tangga tercorot dengan satu mata di belakang Vietnam.

Perlawanan tersebut menyaksikan jaringan pertama daripada pemain Indonesia kelahiran Belanda, Thom Haye pada minit ke-22 di separuh masa pertama.

Foto: Detikcom

Pada separuh masa kedua, Rizky Ridho telah menggandakan jaringan pada minit ke-56 sekali gus menjarakkan kedudukan dengan pasukan lawan sebanyak 2-0.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, dua pasukan terbawah perlu menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027 akan datang manakala skuad dua teratas setiap kumpulan secara automatik layak ke Piala Asia dan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia.

Sumber: Sinar Harian (Zuraimee Zainal)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd