Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Berjalan Di Kompleks Beli-Belah KL Terasa Seperti Di China – Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa kecewa dan bimbang atas isu penggunaan meluas tulisan Cina di sebuah kompleks beli-belah Kuala Lumpur (KL).

Menerusi satu perkongsian di laman X, Dr Mahathir berkongsi pengalamannya ketika berkunjung ke salah satu pusat beli-belah baharu di ibu negara, hujung minggu lalu.

Beliau memuji kompleks beli-belah tersebut lebih besar daripada di London atau Tokyo, namun menurutnya akan memberi kesan kepada identiti negara.

Dr Mahathir menegaskan perkara tersebut kerana kehadiran tulisan Cina yang ketara di papan tanda, dikatakan telah mengatasi penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tiba-tiba rasa seperti berada di China.
“Semua papan tanda menggunakan tulisan Cina dengan terjemahan Bahasa Inggeris. Tiada langsung dalam Bahasa Melayu. Langsung tiada,” tulisnya pada Isnin.

Dr Mahathir mempersoal isu tersebut yang mungkin mencerminkan penghakisan identiti kebangsaan Malaysia.

“Jadi, adakah ini Malaysia? Atau kita telah menjadi sebahagian daripada China?,” soalnya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap keutamaan tulisan Cina yang terlalu ketara dan baginya terjemahan bahasa Inggeris pada papan tanda dapat diterima kerana ia adalah amalan global demi kemudahan pelancong.

Beliau turut mengatakan bahawa beberapa media China menyebut Malaysia sebagai ‘China Kecil’ disebabkan oleh penggunaan tulisan Cina secara meluas di tempat-tempat awam.

“Mungkin ini kerana kita menerima ramai pelawat dari China,” ujarnya lagi.

Namun begitu, terjemahan tersebut seharusnya tidak mengatasi bahasa kebangsaan walaupun ia memberi manfaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bahasa kebangsaan kita ialah Bahasa Melayu,” tegasnya.

Sumber: X Dr Mahathir Mohamad

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd