Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Berhibur Di Golok: Tiga Anggota Polis Ditukar Kontinjen – KPN

Tiga anggota polis sedang dalam proses penentuan tindakan tatatertib selepas didapati berhibur di pusat hiburan di Golok, Thailand, dengan menggunakan pangkalan haram di Kelantan.

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mendedahkan bahawa anggota polis yang berusia antara 26 hingga 32 tahun itu telah dikesan melakukan aktiviti tersebut sejak awal tahun ini.

Menurutnya, seorang daripada anggota tersebut, yang bertugas di Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah dipindahkan ke kontinjen lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sementara, dua lagi anggota bertugas di IPD Tanah Merah juga akan ditukar ke kontinjen lain.
“Siasatan dijalankan pihak JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dalam proses untuk penentuan prosiding oleh pihak Berkuasa tatatertib Kelantan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum ini, pihak JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerima beberapa gambar dan video yang tersebar mendedahkan aktiviti salah laku pegawai dan anggota polis yang disyaki mengunjungi pusat hiburan di Golok.

Mereka didapati telah menggunakan pangkalan haram di Pengkalan Che Husin, Kelantan, untuk melakukan aktiviti tersebut sejak awal tahun 2024.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd