Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bercumbu Di Khalayak Ramai Sahkan Dua Lipa Kekasih Romain Gavras

Penyanyi popular, Dua Lipa telah menjadi bualan hangat ramai apabila dia tampil bersama pengarah filem iaitu Romain Gavras di Festival Filem Cannes sambil berpegangan tangan.

Menurut laporan The Mirror, penyanyi yang berusia 27 tahun itu telah menemani Romain untuk tayangan perdana filem terbaharu arahannya berjudul Omar La Fraise (The King of Algiers).

Bukan itu sahaja, apa yang mengejutkan ramai apabila Dua Lipa tidak segan silu bermesraan bersama kekasihnya itu di hadapan ratusan media yang hadir.

Mana tidaknya, mereka telah selamba bercumbu di khalayak ramai yang seakan memberi bayangan mereka mempunyai hubungan yang istimewa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Romain pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Rita Ora namun telah memilih jalan berpisah pada dua tahun lalu.

Sementara itu, ada khabar angin yang mengatakan Dua Lipa pernah mempunyai hubungan istimewa bersama dengan adik supermodel terkenal, Gigi Hadid iaitu Anwar Hadid tetapi turut berpisah 2021.

Penyanyi itu kemudiannya dikhabarkan menemui cinta dengan pengacara dan pelawak Trevor Noah.

Sumber: The Mirror (Niamh Spence)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd