Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Berang Ditegur, Lelaki Pukul Bapa Dengan Kerusi Ketika Berbuka Puasa

Berang ditegur kerana membaca doa berbuka terlalu laju, seorang lelaki tergamak memukul bapanya menggunakan kerusi.

Kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kajang itu terjadi ketika waktu berbuka puasa dan mangsa berusia 63 tahun.

Pukul guna kerusi ketika berbuka

Memetik laporan dari Sinar Harian, lelaki berusia 34 tahun itu telah memukul bapanya menggunakan kerusi sehingga kaki kerusi berkenaan patah kerana tidak terima sewaktu ditegur.

Susulan daripada itu, pihak polis telah memberkas suspek di kediaman tersebut selepas kejadian berlaku setelah salah seorang anak mangsa menghubungi polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek telah direman

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan laporan diterima sekitar 7.45 malam semalam.

“Siasatan mendapati suspek tidak berpuas hati selepas ditegur bapanya kerana membaca doa makan dengan laju sebelum bertindak menghayunkan kerusi ke kepala mangsa sehingga patah kaki kerusi.
“Bagaimanapun kejadian dileraikan salah seorang anak mangsa sebelum menghubungi pihak polis,” katanya.
“Mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi dan tangan.
“Selain itu, kerusi meja makan yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Setakat ini, pihak berkuasa telah menahan reman suspek dan bakal disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan / 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Dunia

Indonesia akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah atau work from home (WFH) untuk penjawat awam satu hari seminggu bermula 1 April, bertujuan meningkatkan kecekapan...

Sosial

Satu detik penuh bermakna berlaku di Masjid Jamek Pasir Pelangi, Johor Bahru apabila individu didakwa sebagai staf kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Lokal

Kerajaan Pahang akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) selama dua hari seminggu secara giliran bagi semua penjawat awam negeri, berkuat kuasa mulai minggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd