Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Beralas Kain Lusuh, Bayi Lelaki Ditemui Berdekatan Pantai Paka

Seorang bayi lelaki ditemui di dalam beg dengan beralaskan sehelai kain lusuh dalam keadaan tanpa berpakaian di dalam sebuah parit kering berdekatan Pantai Paka, Dungun semalam.

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Maizura Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan bayi yang ditemukan oleh orang awam yang melalui kawasan pantai tersebut.

“Kita sedang mengesan suspek kes ini, yang disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bayi lelaki berkenaan seterusnya dihantar ke Hospital Kemaman bagi menerima rawatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Mohd Zoo Abdul Rahman yang menemui bayi tersebut berkata, awalnya dia melihat dua ekor anak anjing sebelum terdengar tangisan bayi dari beg berhampiran haiwan itu.

“Mulanya saya melihat dua ekor anak anjing berkeliaran sebelum ternampak beg berhampiran haiwan itu dan terdengar tangisan bayi.
“Saya memanggil beberapa pengunjung pantai untuk memeriksa beg itu sebelum menemukan bayi berkenaan yang sedang kesejukan,” katanya.

Lelaki tersebut kemudiannya melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd