Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bencana Banjir: Masjid Seliaan JAKIM, JAWI Anjur Solat Hajat

Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan mengadakan solat hajat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, selepas solat Jumaat hari ini.

Foto: Kosmo! Online

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan masjid serta surau Jumaat di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta melakukan perkara sama.

Beliau memohon semua pihak yang terjejas akibat banjir sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semoga seluruh mangsa diberikan ketabahan dengan dugaan yang dihadapi ketika ini,” kata Datuk Mohd Na’im dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapa  terutamanya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta seluruh agensi yang membantu mangsa banjir.

Untuk makluman, jumlah keseluruhan mangsa setakat ini mencecah 73,390 orang daripada 22,699 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sosial

  Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dikenali sebagai Azlan mencuri perhatian selepas memilih untuk menyerahkan sejumlah wang tunai yang ditemuinya kepada pihak...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd