Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Belum Putuskan Calon, PAS Yakin Boleh Menang PRK Kemaman

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu pihaknya sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau memaklumkan perkara tersebut kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, hari ini.

Foto: Sinar Harian

Ahmad Samsuri berkata, parti itu belum memutuskan calon untuk bertanding pada PRK Kemaman susulan keputusan PAS tidak akan kemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya yang ditetapkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita bersedia untuk menyertai PRK dan kita belum buat keputusan (kekalkan calon yang sama atau tukar).
“Kita yakin boleh menang lebih lagi dan akan bekerja ke arah itu (majoriti besar). Insya-Allah, kita yakin seperti mana sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu tersebut berkata, PAS akan bekerja keras untuk mengekalkan kemenangan mereka di Parlimen Kemaman.

Foto: Sinar Harian

“Kita tidak pernah menganggap mana-mana kerusi sebagai mudah untuk dimenangi, termasuk DUN Ru Rendang walaupun kita telah menang selama puluhan tahun, apatah lagi di kerusi-kerusi Parlimen.
“Mana-mana yang ada, kita akan anggap sebagai suatu medan untuk kita bekerja keras dan sepenuh hati daripada jentera.
“Saya percaya rakyat kita yang berada di kawasan itu juga sangat teruja untuk memberi kemenangan kepada calon PAS pada pilihan raya ini. Insya- Allah, kita akan bekerja ke arah itu,” ujarnya.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu telah membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setelah mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi ketika tempoh berkempen.

Sumber: Sinar Harian (Nurfardlina Izzati Moktar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd