Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Belum Jumpa Kerja Dengan Gaji Idaman? Ini Mungkin Solusi Yang Anda Cari!

Ramai rakyat Malaysia hari ini masih bergelut mencari pekerjaan yang bukan sahaja sesuai, tetapi juga mampu memberikan gaji yang memadai. Dengan kadar pengangguran yang masih ketara, ramai lepasan sekolah dan graduan terus kecewa apabila peluang kerjaya yang diharapkan tidak seiring dengan pendapatan yang ditawarkan. Persoalan yang sering timbul, apakah laluan kerjaya yang betul untuk menjamin masa depan yang lebih stabil?

Realitinya, dalam dunia pekerjaan masa kini, syarikat lebih memerlukan pekerja yang berkemahiran setanding dengan pekerja yang mempunyai kelayakan akademik. Namun, di Malaysia, TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) masih belum menjadi pilihan utama masyarakat terutama golongan muda. Ramai yang beranggapan TVET hanya untuk mereka yang gagal dalam akademik. Sebenarnya, inilah laluan terbaik untuk memasuki industri dengan kemahiran yang diperlukan, dan yang penting gaji juga amat berpatutan.

Jadi, apakah jalan penyelesaian untuk anda yang masih mencari peluang kerjaya yang menjanjikan pendapatan di masa depan? Inilah masanya untuk anda terokai Ekspo TVET@KKDW 2024 yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 September 2024 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh.

Apa yang menanti anda di Ekspo TVET@KKDW 2024?

Ekspo ini membuka peluang untuk anda mendalami lebih lanjut mengenai bidang TVET, dan yang paling penting, ia akan memperkenalkan pelbagai program yang memberi jalan pintas kepada kerjaya dengan kemahiran tinggi dan gaji lumayan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ekspo ini menawarkan peluang kerjaya sebenar dengan sesi temuduga terbuka, pengambilan pelajar untuk program kemahiran, serta akses kepada biasiswa. Lebih daripada 279 institusi pendidikan TVET akan terlibat, termasuk MARA, RISDA, JAKOA, dan banyak lagi.

Zon-zon aktiviti seperti Pameran & Demonstrasi, Cabaran Kemahiran, dan Teknousahawan & Jualan akan membolehkan anda menyaksikan sendiri bagaimana TVET boleh membuka peluang kepada masa depan yang lebih stabil. Di samping itu, anda juga boleh berinteraksi terus dengan wakil industri yang sedang mencari tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Jika anda masih belum menemui pekerjaan yang sesuai atau sedang mencari laluan kerjaya yang lebih terjamin, Ekspo TVET@KKDW 2024 adalah tempat untuk anda. Jangan sia-siakan peluang untuk melihat sendiri bagaimana kemahiran teknikal dan vokasional boleh membuka pintu kepada kerjaya impian. Sertai ekspo ini dan mulakan langkah pertama menuju masa depan yang lebih baik.

Layari https://ekspotvet.rurallink.gov.my/ untuk maklumat lanjut dan pastikan anda tidak terlepas peluang ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd