Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Beli iPhone Baru Guna Wang Curi, Pasangan Joli RM46,000 Tipu Kad ATM Pesara

Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan video satu pasangan suami isteri yang dipercayai menggunakan kad ATM di sebuah kedai telekomunikasi.

Menerusi perkongsian yang tular tersebut pasangan itu dikatakan telah memperdaya seorang pesara warga emas sewaktu di mesin ATM dengan berpura-pura ingin membantu mengeluarkan kad yang tersekat.

Kad ATM ditukar

Memetik laporan dari Berita Harian, warga emas berusia 62 tahun itu telah membuat laporan polis dengan memaklumkan yang kad ATM miliknya telah ditukar dan digunakan tanpa pengetahuan.

Perkara tersebut terjadi setelah kejadian seorang lelaki tidak dikenali menawarkan diri membantu sebelum menukar kad pesara tersebut tanpa disedari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seorang lelaki tidak dikenali yang kebetulan berada di lokasi itu menawarkan diri untuk membantu mangsa. Dia berjaya mengeluarkan kad itu sebelum menyerahkannya kepada mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa.
“Pada Isnin lalu, mangsa ke bank lain dan cuba mengeluarkan wang kira-kira jam 9.30 pagi, tetapi tidak berjaya. Dia terus merujuk masalah itu di kaunter bank dan pemeriksaan kemudian mendapati kad itu bukan miliknya.
“Semakan terhadap akaun banknya juga mendapati kad ATM miliknya digunakan beberapa kali untuk membuat belian dan transaksi lain berjumlah RM46,000 dan keseluruhan 23 transaksi,” ujar Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh.

Joli sakan dengan wang curi

Menerusi kenyataan dari pengguna media sosial, pasangan terbabit dikatakan telah berjoli sakan dengan menggunakan RM46,000 milik pesara kerajaan terbabit dengan  melakukan pelbagai bentuk belian barangan dan transaksi lain termasuklah membeli iPhone baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil siasatan, polis berjaya mengesan ada transaksi bernilai RM3,700 untuk membeli telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro Max menggunakan kad ATM mangsa di sebuah kedai telekomunikasi.

“Terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai jual telefon bimbit itu, menunjukkan ada pasangan lelaki dan wanita dipercayai suami isteri warga tempatan membuat pembelian telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro Max menggunakan kad ATM milik mangsa.
“Mangsa sekali datang membuat laporan polis untuk siasatan lanjut dan polis kini berusaha mengesan suspek lelaki yang berumur awal 30-an. Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997,” kata Ahmad Ridhwan.

Difahamkan, jika sabit kesalahan, suspek boleh ukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Twitter Malaysiaviralll, Berita Harian (Ruwaida Md)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd