Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bekas Wartawan Indonesia Sanggup Kayuh Basikal 11,000 Kilometer Ke Makkah

Seorang lelaki Indonesia yang juga merupakan bekas wartawan, dia sanggup mengayuh basikal sejauh 11,000 kilometer dari kampung halamannya di Sungai Kamuyang, Sumatera Barat, Indonesia ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Menurut laporan Utusan Malaysia, difahamkan dia sudah memulakan misinya itu sejak 29 Disember tahun lalu dan hanya berbasikal untuk memenuhi hasrat murninya itu.

“Boleh sahaja menaiki pesawat untuk menunaikan haji, tetapi saya perlu menunggu giliran saya tiba iaitu kira-kira 15 tahun lagi, daripada perlu menunggu waktu itu, saya mengambil keputusan untuk mengayuh basikal sahaja.
“Memang niat saya hanya untuk menunaikan ibadah haji, insya-Allah pada bulan Jun depan saya akan sampai di Mekah selepas melalui negara seperti Malaysia, Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Afghanistan, Iran dan akhirnya terus ke memasuki Arab Saudi,” katanya.

Bukan itu sahaja, Yusuf turut memaklumkan ini merupakan kali pertama dia ke luar negara dan meluahkan rasa syukur semua urusannya dipermudahakan.

Malah, dia juga memberitahu sudah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental malah, pelbagai persiapan yang lain turut dilakukannya bagi memastikan keselamatannya terjamin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak pernah ke luar negara sebelum ini, ini adalah kali pertama dan Alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar. Banyak pihak yang membantu dan bagi tujuan keselamatan saya akan memaklumkan di balai polis mengenai kehadiran saya di sesuatu kawasan itu.
“Memang sudah ada orang Indonesia yang berbasikal ke Mekah sebelum ini tetapi bagi masyarakat Minangkabau, saya mungkin yang pertama melakukannya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Yusuf meluahkan rasa teruja dalam menjayakan misinya itu dan berharap agar semua orang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Sumber: Utusan Malaysia (Badrul Hafizan Mat Isa)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd