Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Azam Baki Sahkan Bekas PTD Bebas Daripada Tahanan Reman SPRM Kelmarin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melepaskan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan daripada direman kelmarin berhubung siasatan kes tender perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut laporan Harian Metro, tempoh reman Hafizuddeain sepatutnya berakhir hari ini namun, pegawai penyiasat SPRM sudah melengkapkan keterangan pegawai tinggi yang berusia 58 tahun itu lebih awal.

Bekas PTD bebas daripada tahanan reman

Bekas PTD bebas daripada tahanan reman

Foto: Bernama

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dimana Hafizuddeain dibebaskan pada 12 Januari, jam 6.30 petang.

Pada 7 Januari lalu, bekas PTD bersama dua orang isterinya telah ditahan SPRM berkaitan projek perolehan tender TDM.

Keesokan harinya, pegawai berkenaan direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman selama tiga dan enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah yang membabitkan rangkaian kartel tender perolehan TDM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: SPRM Sita Puluhan Jam Rolex Bernilai RM2.2 Juta Dari Rumah Isteri Kedua PTD

Foto: Bernama

Foto: Bernama

Sumber: Harian Metro (Ilah Hafiz Aziz)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd