Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bekas Penjaga Gol Al-Nassr Dedah Cristiano Ronaldo Berhasrat Peluk Islam?

Bekas penjaga gol Al-Nassr, Waleed Abdullah membuat kenyataan mengejutkan tentang bintang bola sepak Cristiano Ronaldo berhubung hasrat untuk memeluk agama Islam.

Foto: Facebook Cristiano Ronaldo Al Nassr Fans

Menurut laporan Morocco World News, dalam rancangan televisyen “Al-Hissa Al-Akhira”, Abdullah mengesahkan khabar angin mengenai minat bintang berusia 39 tahun itu bagi memeluk agama Islam.

“Ronaldo benar-benar mahu memeluk Islam. Saya telah bercakap dengannya, dan dia menyatakan minatnya. Dia sudah sujud di atas padang selepas menjaringkan gol, dan dia sentiasa menggalakkan pemain untuk berdoa dan mengikuti amalan agama Islam,” katanya.

Beliau mendedahkan bahawa Ronaldo telah menunjukkan minat mendalam terhadap budaya tempatan, terutamanya Islam dan amalan keagamaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abdullah menceritakan bagaimana Ronaldo sentiasa memastikan rakan sepasukan mempunyai masa untuk menunaikan solat di antara sesi latihan.

“Apabila azan berkumandang semasa latihan, Ronaldo meminta jurulatih untuk menghentikan sesi sehingga ia selesai,” jelasnya.

Foto: Fcaebook Cristiano Ronaldo

Menurut Abdullah, Ronaldo mempunyai minat untuk masuk Islam sejak dahulu dengan rakan sepasukan lamanya seperti Mesut Özil dan Karim Benzema pernah cuba meyakinkannya untuk menjadi seorang Muslim.

Satu kejadian yang disebut adalah apabila Ronaldo sujud di padang selepas menjaringkan gol dan semua pemain bertakbir “Allahu Akbar” serentak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, Abdullah menekankan bahawa kedisiplinan dan komitmen Ronaldo sebagai pemain adalah yang paling penting.

“Dia adalah pemain yang amat disiplin dan berdedikasi, dan inilah yang membawanya ke kedudukan ini,” tambahnya.

Dia turut memuji kerendahan hati Ronaldo, menyatakan bahawa pemain Portugal itu dan anaknya bersikap mesra dan ramah dengan orang sekeliling.

“Sesiapa yang datang ke Arab Saudi akan menghargainya dan berasa selesa bersamanya,” katanya lagi.

Sumber: Morocco World News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd