Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bekas Paderi Terkenal Australia Peluk Islam Selepas 45 Tahun Berkhidmat Di Gereja

Seorang bekas paderi terkemuka di Australia, Gould David memilih untuk peluk Islam selepas 45 tahun berkhidmat di sebuah gereja, lapor portal Muslim Telegraph.

Berita mengenai paderi Gould David atau nama Islam Dave Abdur Rahman Gould peluk Islam tersebar meluas.  Lebih-lebih beliau merupakan orang berpengaruh dan disegani ramai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai tarikh sebenar beliau memeluk agama suci itu.

“Berita ini telah menarik perhatian dan mencetuskan perbualan meluas dalam kalangan agama kerana orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengetahui motivasi di sebalik keputusannya (kembali kepada fitrah Islam),” katanya sebagaimana dipetik menerusi muslimtelegraph.com.

paderi peluk IslamArtikel lain: Bekas Paderi Dapat Hidayah Allah, Berjaya Islamkan 100,000 Pengikut Kristian

Dalam pada itu, beliau yang sebelum ini pernah mendapat penghormatan sebagai seorang paderi dalam komuniti Kristian di bumi kanggaru itu mengakui dirinya berada damai setelah memeluk agama Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seumur hidup mencari kedamaian Tuhan dan al-Quran telah menunjukkan kepada saya bahawa keamanan dan kebenaran terletak dalam Islam,”ujarnya.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd