Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bekas Kekasih Ronaldo Jalani Pembedahan Pulih ‘Dara’ Demi Perkahwinan

Bekas kekasih pemain bola sepak Brazil, Ronaldo Nazario iaitu Michele Umezu mendedahkan dia menjalani pembedahan pemulihan selaput dara (hymenoplasty).

Menurut portal Daily Star, dia yang juga ahli bina badan mengatakan pembedahan yang dilakukan pada 23 September lalu itu dibuat kerana mahu melangsungkan perkahwinan di gereja sebagai seseorang masih ‘dara’.

Michele pernah dilaporkan bercinta dengan penyerang lagenda itu pada tahun 2004 dan kemudiannya menghubungi bintang Real Madrid pada ketika itu mengenai anak lelaki mereka bernama Alexander berusia lapan bulan.

Dan, mahkamah mengambil masa lima tahun untuk mengesahkan Ronaldo, 46, sebagai bapa kandung kepada kanak-kanak lelaki. Ini menjadikan Alexander yang kini berusia 17 tahun sebagai anak keempatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disoal mengenai hal perkahwinan bekas kekasih Ronaldo itu, Michele menededahkan dia masih bujang buat masa sekarang. Namun, berharap agar dapat bertemu dengan lelaki mempunyai kepercayaan dan cita-cita yang sama sepertinya.

“Saya mencari lelaki yang mempunyai tujuan hidup yang sama dan saling mempercayai. Saya tak malu untuk berkata hal ini kerana itulah yang saya mahukan,”katanya.

Michele memberitahu perkara itu ketika ditemubual oleh agensi berita tempatan ‘Em Off’ dan dia hanya akan menjalani hubungan intim dengan seseorang selepas berkahwin di gereja. Bagaimanapun, dia kini sedang mencari calon yang sesuai.

Sekadar info, Michele dan Ronaldo bertemu buat pertama kali di Tokyo pada tahun 2002 ketika dia bekerja sebagai pelayan sementara penyerang lagenda itu memenangi Piala Dunia bersama Brazil.

Zaman kegemilangan Ronaldo

Ronaldo yang kini tidak memiliki tubuh badan sebagai seorang atlet

Beberapa tahun berikutnya, dia telah menyatakan telah menjalani vasectomy kerana merasakan memiliki empat orang anak sudah mencukupi.

Ronaldo atau dikenali juga sebagai ‘O Fenomeno’ menjaringkan 62 gol dalam 98 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Brazil dan berada di tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang masa dengan 15 – satu di belakang Miroslav Klose.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: DailyStar

Avatar
Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pemain bola sepak terkenal dunia, Neymar dipercayai kantoi berlaku curang dengan teman wanitanya yang sarat hamil apabila tular video dirinya sedang berparti di sebuah...

Spotlight

Selebriti Indonesia, Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhammad Fattah mendedahkan dia mengalami ‘morning sickness’ yang teruk susulan kehamilannya. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh...

Spotlight

Penyanyi terkenal Indonesia, Nadin Amizah meluahkan rasa marahnya apabila diraba sewaktu mengadakan persembahan di salah satu daerah di Bandung. Nadin Amizah diraba Nadin yang...

Filem

Baru-baru ini, kecoh pula di media sosial apabila tular poster filem Dilwale yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu yang dibintangi oleh pelakon hebat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.