Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Baru 8 Bulan Lepas Bersalin Czer, Bekas Adik Ipar Iqbal Zulkefli Umum Hamil Lagi!

Bekas adik ipar kepada usahawan Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie meluahkan rasa syukur apabila dia kini disahkan hamil semula selepas lapan bulan melahirkan anak secara pembedahan (czer).

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Ayunie di media sosialnya dimana dia memuat naik gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan usia kandungannya sudah mencecah tiga minggu.

Bekas adik ipar Iqbal

Bekas adik ipar Iqbal

“Saya baru bersalin secara pembedahan caesarean 8 bulan lepas, sekarang dah hamil lagi.
“Tapi saya gembira! Selagi saya ada suami dan ayah yang baik, saya bahagia untuk berikan dia ramai anak!” katanya di Threads.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada Ayunie namun pada masa yang sama, ada juga segelitir individu bimbang dengan kesihatannya memandangkan dia baru sahaja melahirkan anak.

Bagaimanapun, Ayunie berkata dia sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan membuat keputusan untuk meneruskan fasa kehamilannya sehingga anaknya selamat dilahirkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pengalaman Di China Buat Lelaki Malaysia Ini Lebih Hargai Tanah Air

Bekas adik ipar Iqbal

Sekadar info, Ayunie pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Weldan Zulkefli pada 29 Februari 2021 namun, disahkan bercerai pada tahun November 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Ayunie kemudiannya berkahwin dengan Akim Anwar.

Sumber: Threads @Anees Ayunie

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd