Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bedah Payudara Dengan Doktor Palsu, Wanita Dakwa Rugi Hampir RM25,000

Seorang wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa doktor palsu selepas menjalani pembedahan payudara di sebuah klinik estetik di ibu kota.

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menerima aduan daripada mangsa, Alice Loo sebelum membuat satu perkongsian di Facebook semalam.

Setiausaha Agong MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa yang berusia 33 tahun tampil mendedahkan mengalami kerugian hampir RM25,000 selepas menjalani pembedahan terbabit dua tahun lepas.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia telah membuat pembayaran sebanyak RM23,400 untuk melakukan sebuah pembedahan estetik untuk payudara,” katanya.

Beliau berkata, mangsa memberitahu bahawa selepas menjalani pembedahan, dia mengalami kesakitan di bahagian dada dan komplikasi yang agak serius sehingga perlu berjumpa semula dengan doktor palsu tersebut.

“Mangsa telah dirujuk ke hospital untuk menjalankan MRI Scan dan doktor di hospital tersebut telah menyatakan bahawa klinik tersebut tidak mempunyai lesen oleh KKM dan doktor (di klinik estetik) tersebut juga tidak mempunyai apa-apa sijil amalan,” ujarnya.

https://www.facebook.com/ihishamuddin/posts/pfbid01LgpdQJCyLbA9zUqupuYAZx9iH6o2VqGQne7qMsh7i7gWg6nmNezdAfQ3C8VErLLl?__cft__[0]=AZWDW_HIP6ISzYgVarR1NUBoQSKAkiZz8c-1ydbncmJfDC6aDZ5rMyMGpE8Ywb9rrAonw8a5H9y17oYxpFVd7VjQ8RMsxzYua4YF3sEgNNKnB_TwGxuj0e4f2KfY9JjiV6wA5yRP8YLtDoh1h79xeKnCwXtOIb1wj_xZdviYIrngaBEXCrz3b_ouOkydO-GAib7-dPrOLG0LUDDbx_s52Qmt&__tn__=%2CO%2CP-R

Hishamuddin turut berkata, pengadu telah membuat aduan kepada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta membuat laporan polis.

“Satu lagi aduan telah dibuat pada 5 Mac, Seksyen 416 Kanun Keseksaan (menipu dengan jalan samaran) menipu dengan berpura-pura sebagai orang lain,” tambahnya lagi.

Beliau juga berharap dengan adanya laporan kedua tersebut, doktor palsu itu dapat ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman supaya dijadikan pengajaran kepada mana-mana doktor palsu yang lain sekali gus membanteras kegiatan doktor palsu di negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Alice telah terpengaruh dengan iklan yang ditawarkan klinik berkenaan melalui Facebook yang kononnya memiliki lesen beroperasi secara sah.

Sumber: FB Hishamuddin Hashim

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd