Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bebaskan 50 Tebusan, Israel Setuju Henti Perang Selama Empat Hari Ke Atas Gaza

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan kerajaannya bersetuju mementerai perjanjian ‘henti peperangan’ selama empat hari ke atas Gaza.

Netanyahu berkata, persetujuan itu dimenterai sebagai timbal balas pembebasan 50 tebusan wanita dan kanak-kanak yang ditahan sebagai tebusan di Gaza.

Israel Gaza

Pegawai dari Qatar yang menjadi pengantara rundingan membabitkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Hamas, sejak beberapa hari lalu mengatakan perjanjian itu akan berlaku.

Menurut pihak berkuasa di Gaza, perjanjian itu akan menyaksikan gencatan senjata pertama konflik Israel-Palestin, selepas pengeboman Israel yang telah memusnahkan Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Netanyau, pihaknya akan meneruskan peperangan sehinggalah mereka dapat mencapai matlamat sebenar iaitu menghancurkan Hamas.

“Kami berada di peperangan dan kami akan terus berperang sehingga mencapai matlamat kami. Hapuskan Hamas, kembalikan semua tahanan dan pastikan tiada sesiapa di Gaza dapat mengancam Israel,”katanya.

Israel Gaza

Selain gencatan senjata selama empat hari, mereka juga akan membebaskan seramai 150 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Setakat ini, 14,300 orang awam terkorban di kawasan kecil yang padat dengan penduduk, selain mengakibatkan mendorong kira-kira dua pertiga daripada 2.3 juta penduduknya kehilangan tempat tinggal.

Artikel lain: Tolak Genjatan Senjata, Israel Mahu Perang Hingga Menang Pertempuran

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Netanyahu berkata pihaknya tidak akan tunduk dengan gencatan senjata kerana tidak mahu mengaku kalah dengan Hamas. Mereka akan terus berjuang sehingga menang di medan pertempuran.

Sumber: Reuters

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Dunia

Pertandingan E-sukan di Sukan SEA ke-33 bertukar hangat apabila satu isu serius membabitkan disiplin pemain mencuri tumpuan ramai. Seorang atlet wanita Thailand bagi acara...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd