Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bebas Tunggakan Gaji, Kedah FC Dapat Lesen Beraksi Dalam Liga Super

Kedah Darul Aman FC (KDA) kini boleh beraksi dalam Liga Super musim 2024-2025 setelah menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai.

Menerusi satu kenyataan, badan bebas First Instance Body (FIB) mengesahkan perkara berkenaan dengan merujuk surat bertarikh 18 April serta dokumen pembayaran yang diserahkan kepada Malaysian Football League (MFL).

Foto: Sinar Harian

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, setelah meneliti dokumen pembayaran, pihaknya mendapati pasukan terbabit telah berjaya menyelesaikan segala tunggakan gaji pemain serta kakitangan Liga Super, termasuk pasukan bawah 23 tahun, 20 tahun dan 18 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, terdapat dua pemain perlu menunggu bayaran rentetan kes mereka yang masih dalam perbicaraan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC) iaitu Lee Andrew Tuck dan Jonathan Boareto dos Reis.

“Namun kesemua bayaran tunggakan seperti diarahkan FIB berjaya diselesaikan KDA FC bagi membolehkan pasukan kekal mendapat Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super bagi musim 2024-2025,” katanya hari ini.

Foto: Kedah Darul Aman Fc

Beliau berkata, FIB juga memutuskan untuk mengekalkan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024-2025 serta denda RM50,000 terhadap KDA FC memandangkan kelab tersebut gagal menyelesaikan tunggakan gaji tahun 2023 sebelum tarikh akhir, 30 Mac 2024.

“FIB bagaimanapun mengekalkan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024-2025 dan denda RM 50,000 atas kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada tarikh akhir 30 Mac 2024 sebelum FIB memberi lanjutan masa sehingga 20 April 2024,” ujarnya.

Terdahulu, KDA FC dikatakan masih gagal untuk melunaskan tunggakan tersebut meskipun tempoh berkenaan telah dilanjutkan sehingga 20 April 2024 sekali gus menerima hukuman yang sama atas kesalahan yang serupa.

Sumber: FB Malaysian Football League

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd