Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

BCorp Nafi Vincent Tan Terbabit Rundingan Lesen Kasino Kedua Di Forest City

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BCorp), Tan Sri Vincent Tan tidak terlibat dengan rundingan sekali gus menafikan dakwaan berhubung projek lesen kasino kedua di Forest City, Johor.

Memetik laporan New Straits Times, BCorp menyatakan bahawa The Edge Singapore dan Bloomberg telah melaporkan maklumat yang tidak sahih mengenai perbincangannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dengan projek kasino tersebut.

Foto: The Star

Selain menjelaskan tentang ketidakterlibatan Vincent dalam rundingan terbabit, pihaknya turut menyeru media tersebut untuk menghentikan penyebaran maklumat yang salah sekali gus membetulkan semula keadaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun tidak mengambil bahagian dalam sebarang perbincangan sedemikian dan menyangkal dakwaan tidak tepat yang dibentangkan dalam artikel itu.
“Kami memohon tindakan selanjutnya daripada pihak berkenaan untuk memberi penjelasan terhadap kandungan mengelirukan daripada artikel yang dipersoalkan sera menghentikan penyebaran maklumat yang tidak tepat itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, mereka juga yakin bahawa pihak bertanggungjawab dapat memahami kegusaran dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap isu ini.

Foto: Malaysia Kini

“Kami percaya pihak yang bertanggungjawab akan memahami kebimbangan kami dan mengambil tindakan sewajarnya,” jelasnya.

Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan menafikan kenyataan yang mendakwa pihak kerajaan sedang mempertimbangkan lesen kasino kedua bagi membangunkan Forest City.

Sumber: New Straits Times

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd