Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bayi Baru Lahir Berbalut Telekung Ditemukan Di Ruang Solat Masjid

Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan dalam keadaan berbalut dengan telekung di atas sejadah, di Masjid Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, pihaknya menerima laporan daripada salah seorang penduduk di kawasan terbabit berhubung penemuan bayi berkenaan di ruangan solat wanita pada sekitar jam 5.30 pagi.

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa bayi yang dijumpai masih bertali pusat itu berada dalam keadaan sempurna dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lipis untuk siasatan lanjut.

Foto: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ibu bapa bayi tersebut masih dikesan oleh pihak polis bagi mengetahui punca dia ditinggalkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Ismail menyatakan pihaknya masih menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang kanak-kanak.

Foto: Buletin TV3

Beliau juga turut menyeru orang ramai yang memiliki sebarang maklumat mengenai kejadian ini untuk terus ke balai polis berdekat atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis.

“Pihak polis memohon sekiranya mana-mana individu mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi bilik gerakan IPD Lipis di nombor 09-3121999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujarnya.

Sumber: Facebook Polis Daerah Lipis

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Lokal

Seorang wanita meluahkan rasa lega selepas lelaki yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan khayal sehingga menyebabkan kematian suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang,...

Bisnes

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terus memantau rapi bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilan berterusan susulan krisis yang sedang berlaku di Asia Barat. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd