Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bawah 30 Tahun: Usia Emas Belia Melahirkan Ikon Negara

Baru-baru ini, keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menetapkan had umur belia di bawah 30 tahun untuk pertubuhan belia menimbulkan pelbagai reaksi.

Ada pihak menyokong, ada juga yang cuba mempolitikkan isu ini. Namun, jika diteliti dengan mendalam, langkah ini bukan sekadar angka, ia adalah strategi membina masa depan negara.

Usia emas: Bukti melahirkan ikon!

Sejarah negara telah membuktikan bahawa usia di bawah 30 tahun adalah medan emas untuk mencipta impak. Ramai ikon Malaysia menempah nama besar ketika masih muda, menjadi inspirasi generasi selepas mereka.

Antaranya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri termuda pada usia 25 tahun, mencipta sejarah dalam landskap politik Malaysia; Nurul Izzah Anwar, dikenali sebagai Puteri Reformasi, sudah berani tampil dalam gelanggang politik ketika berusia 27 tahun; Prabakaran Parameswaran, pada usia 22 tahun, menjadi Ahli Parlimen termuda dalam sejarah negara; Tharma Pillai, pengasas Undi18, memecah paradigma demokrasi negara ketika beliau sendiri masih di usia 20-an; Datuk Nicol David, legenda skuasy dunia, menjulang kejuaraan dunia pertamanya ketika baru berusia 22 tahun; Khairul Aming, ikon digital, membuktikan kreativiti belia boleh menjadi kuasa ekonomi apabila berjaya membina empayar perniagaan dari usia 20-an.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah Menteri KBS: Konsisten dengan realiti

Dengan mengambil kira kisah-kisah ini, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melihat bahawa bawah 30 tahun adalah tempoh kritikal, tempoh di mana belia berani mencuba, berpotensi membina nama, dan mampu menjadi contoh kepada generasi lain.

Usia emas

Foto: Bernama

Dasar mengehadkan umur belia kepada bawah 30 dalam pertubuhan bukanlah untuk mengecilkan ruang, sebaliknya untuk memberi peluang yang lebih luas kepada anak muda dalam kategori ini untuk menonjol, memimpin, dan berorganisasi.

Artikel lain: 287 Belia Autisme, Keperluan Khas Terima Manfaat Program Latihan Kemahiran Inklusiviti

Belia sebagai aset masa depan

Langkah ini selari dengan agenda memperkasakan belia iaitu memberi peluang kepimpinan lebih awal agar lebih ramai pemimpin muda dilahirkan, mengoptimumkan tenaga, idea & inovasi kerana usia belia penuh dengan daya cipta serta membina legasi baharu dalam memastikan kesinambungan kepimpinan negara tidak terputus.

Sejarah dan realiti semasa jelas membuktikan usia bawah 30 adalah medan melahirkan ikon negara. Dari politik, aktivisme, sukan hingga dunia digital, anak muda Malaysia telah membuktikan kemampuan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan langkah baharu ini, Hannah dan KBS menzahirkan komitmen untuk menjadikan generasi belia bawah 30 tahun sebagai pendorong utama masa depan negara.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Seorang kanak-kanak, Muhammad Yusof meninggal dunia secara mengejut dalam kejadian bulan lalu yang didakwa akibat kecuaian pihak klinik yang tidak dapat menyediakan bekalan oksigen...

Sukan

Penggantungan Datuk Noor Azman Rahman sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah tamat, sekali gus membolehkan beliau kembali menggalas tanggungjawab itu berkuat kuasa...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd