Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bas Ekspres Terbakar Selepas Seret Motosikal Di Lebuhraya Utara-Selatan

Sebuah bas ekspres terbakar hampir keseluruhannya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Kilometer 406 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kamunting, malam tadi.

Menurut laporan dari Buletin TV3, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9.16 malam apabila motosikal yang terbabas dipercayai diseret oleh bas ekspres terbabit, menyebabkan berlakunya kebakaran.

Foto: Buletin TV3

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan BBP Taiping dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 9.50 malam. Sebaik tiba, pasukan mendapati hampir 90 peratus struktur bas telah terbakar.

Seramai 28 penumpang bas dilaporkan sempat menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Sementara itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital dengan menggunakan unit Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Operasi pemadaman yang diketuai oleh PBK I Ilyas Ramli itu melibatkan 19 anggota serta kekuatan jentera Fire Rescue Tender (FRT), Light Fire Rescue Tender (LFRT), dan dua unit EMRS. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 10.15 malam dan operasi tamat pada jam 10.33 malam.

Foto: Utusan Malaysia

Sumber: Buletin TV3 (Kumaran Rajamoney)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Nasional

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang sedang disiasat pihak berkuasa tidak melibatkan institusi itu. Ketua...

Lokal

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan tiga anggotanya dalam siasatan berkaitan pengurusan dana...

Nasional

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim meluahkan kebimbangan terhadap skandal penyelewengan dana zakat bernilai kira-kira RM230 juta yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd