Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Baru 2 Bulan Bersalin, Pelakon Maut Buat Prosedur Sedut Lemak

Pelakon Indonesia dikenali sebagai  Nanie Darham dikhabarkan meninggal dunia pasa 21 Oktober 2023. Dia yang pernah membintangi filem Air Terjun Pengantin itu baru sahaja dua bulan melahirkan bayi.

Baru dua bulan bersalin

Memetik laporan dari Kompas, kematian Nanie menjadi tanda tanya peminat memandangkan pelakon berbakat itu dinyatakan sihat.

Ternyata, dia telah mengalami komplikasi apabila mengikut prosedur sedut lemak atas kecuaian doktor. Pada awalnya, pelakon berkenaan dalam keadaan baik-baik sahaja sebelum berada dalam situasi tidak stabil lima minit selepas operasi berkenaan dijalankan.

Nanie Darham dijanjikan prosedur selamat

Dia telah dikejarkan ke hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan bahawa Nanie meninggal dunia disebabkan prosedur sedut lemak tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, telinga dan mulut allahyarham juga mengeluarkan darah serta terdapat kesan luka di beberapa bahagian.

Terdahulu, Nanie telah dijanjikan bahawa prosedur sedut lemak terbabit tidak membahayakan dan dijamin selamat walaupun dia baru sahaja dua bulan melahirkan.

Sehubungan dengan itu, pihak keluarga allahyarham memaklumkan akan mengambil tindakan diatas kecuaian doktor sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Sumber: Kompas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd