Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mengarut! Bapa Zayn Rayyan Kecewa Dengan Polis, Dakwa Pelaku Masih Bebas

Bapa Zayn Rayyan Kecewa Dengan Polis

Bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari meluahkan rasa kecewa terhadap pihak polis selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mengabaikan anaknya itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu.

Zaim Ikhwan, 30, menyifatkan pertuduhan terhadapnya dan isteri, Ismanira Abdul Manaf, sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

“Saya tak tahu. Tapi apa-apa yang saya boleh cakap, saya kecewa dengan pihak polis.
“Sepatutnya pertuduhan ini memang tak ada. Ini semua mengarut,” katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Bapa Zayn Rayyan Kecewa Dengan Polis

Beliau turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap siasatan pihak berkuasa walaupun telah memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Sepanjang (siasatan) saya sudah bagi kerjasama, saya sudah bagi kerjasama. Saya bagi kepercayaan kepada pihak polis untuk tangkap pembunuh anak saya. (Tetapi) pembunuh anak saya masih di luar sana.
“Inikah hasilnya? Memang saya sangat kecewa,” katanya dengan nada kesal.

Terdahulu, Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Ismanira dan memerintahkannya membela diri, manakala Zaim Ikhwan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan itu yang masing-masing berusia 30 tahun diwakili barisan peguam terdiri daripada Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.

Peguam Haresh Mahadevan berkata pihaknya berpuas hati dan menghormati keputusan mahkamah.

“Okay, kita puas hati. Kita hormat keputusan hakim. Zaim dibebaskan. Ismanira dipanggil untuk bela diri.
“Ismanira sudah beri keterangan dari pagi sampai sekarang jam 5 petang. Kita akan sambung esok dan mungkin selepas tengah hari pihak timbalan pendakwa raya akan pemeriksaan balas,” katanya.

Artikel lain: Sah! Kesan Darah Dalam Bilik Adalah Milik Zayn Rayyan – Saksi

Sementara itu, peguam Ramzani Idris pula menyifatkan keputusan mahkamah sebagai perkara biasa dalam perbicaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Itu normal. Itu satu normal dalam kes biasa. Itu satu bukan yang kita terperanjat. Itu tak ada masalah bagi kita,” katanya.

Menurutnya, anak guamnya juga tenang dengan keputusan tersebut dan tidak menunjukkan sebarang reaksi keterlaluan.

Proses perbicaraan akan bersambung esok.

Sumber: Harian Metro (Mahaizura Abd Malik dan Muhamad Lokman Khairi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd