Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bapa Pemain Ditampar Harap Jurulatih Dikekalkan -“Kami Kenal Cikgu Hadee”

Sejak video seorang jurulatih menampar beberapa peserta remaja di satu kejohoan bola tampar tular di media sosial, ramai yang memberikan respon negatif berhubung perkara tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh turut sama membuat ciapan meminta pihak berwajib mengambil tindakan ke atas perilaku jurulatih yang membimbing pasukan remaja perempuan bawah 14 tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dengan serta merta telah menggantung jurulatih berkenaan sehingga siasatan selesai dijalankan.

Mahu jurulatih dikekalkan

Namun begitu, menerusi laporan dari Utusan Malaysia, pihak ibu bapa dan juga pemain bola tampar perempuan yang ditampar jurulatih itu tampil membela individu terbabit yang dikenali sebagai Cikgu Hadee.

Bapa kepada salah seorang pemain yang ditampar, Abd. Halim Bakar, 50 memaklumkan mereka kenal jurulatih tersebut dan anaknya, Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim sudah dilatih sejak di darjah 5 lagi.

“Kami kenal Cikgu Hadee lebih lima tahun, anak saya kedua-dua mereka ini dilatih bermain bola tampar sejak darjah lima lagi” ujarnya.

Tak niat cederakan

Tambahnya lagi, dia tahu niat jurulatih bernama Saiful Hadee Amar bukanlah berniat mahu mencederakan dan ia bertujuan untuk membangkitkan semangat pemain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga memaklumkan hal tersebut sudahpun lama selesai sebelum video berkenaan tular dimana kejadian berlaku pada 16 Disember lalu.

Ajar dari zero hingga berjaya

Dalam pada itu, Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim juga ada meminta agar jurulatih tersebut dikekalkan kerana masih banyak ilmu yang ingin ditimba malah insan itu telah banyak berkorban masa, wang dan tenaga melatih pasukan.

“Dari tidak tahu bermain sampailah mereka berjaya ke peringkat negeri, malah Cikgu Hadee inilah yang bersungguh-sungguh mencari tempat latihan sampai ke Tanah Merah dia bawa, asalkan anak-anak murid dapat berlatih,” katanya.

Anak tak anggap itu satu kekerasan

Ujar Abd Halim lagi, anaknya sama sekali tidak menganggap tindakan tersebut sebagai satu bentuk kekerasan yang meninggalkan kesan emosi kerana tamparan terbabit langsung tidak kuat ataupun meninggalkan rasa sakit kepadanya.

“Anak kata tidak kuat pun, tidak sakit atau membuatkan emosinya terganggu, itu cara seorang jurulatih yang tegas memberikan semangat dan disebabkan itu juga pasukannya berjaya mara ke peringkat separuh akhir di Selangor,” jelasnya.

Pemain2 backup jurulatih

Dalam ciapan yang dibuat di Twitter, satu hantaran menggunakan nama akaun Malacca Volleyball Club telah tampil mempertahankan jurulatih mereka dan menyertakan beberapa gambar sewaktu Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar mereka, jurulatih tersebut telah mendidik mereka denga hati yang ikhlas dan telah berjaya mencipta sejarah baru untuk negeri Melaka.

Lagi kenal ‘keluarga’

Tambah mereka lagi, isu tersebut sebenarnya sudah lama selesai dan tiada sebarang terasa hati berlaku. Jadi, mereka sebagai anak murid kepada jurulatih berkenaan memohon agar netizen berhenti menghina individu yang sangat berjasa itu kerana mereka lebih mengenali ‘keluarga’ mereka berbanding orang luar.
Terdahulu, video berdurasi 14 saat itu telah mendapat perhatian ramai terutamanya di Twitter kerana jurulatih itu menampar dua orang remaja perempuan sewaktu kejohanan bola tampat tersebut.
Disebabkan itu, jurulatih lelaki terbabit telah dikecam hebat netizen di media sosial dan berharap supaya pihak Kementerian Sukan dan Belia mengambil tindakan segera keatas perilaku jurulatih berkenaan.
Sumber: Twitter @mastanahvc, Utusan Malaysia (Hadi Abd Manap)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd