Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bapa Pasang Muzik Kuat Jadi Punca Budak Perempuan 5 Tahun Dibunuh Jiran

Bapa memasang muzik yang kuat menjadi asbab kepada seorang jiran menculik dan membunuh anaknya perempuan yang berusia lima tahun dipercayai berlaku di Sulawesi Utara, Indonesia.

Menurut laporan mStar, tidak cukup dengan membunuh kanak-kanak tersebut, suspek kemudiannya tergamak melakukan perbuatan terkutuk dengan merogol mayat mangsa.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Wilayah Sulawesi Utara, Kombes Pol Jules Abraham Abast, suspek telah mencekik leher mangsa sehingga meninggal dunia sebelum melarikan diri.

“Selepas itu pelaku membuang mayat mangsa di sekitar Ponompiaan, Bolmong, dan kemudian melarikan diri ke kawasan Gorontalo.
“Motif dipercayai pelaku berang dengan bapa mangsa kerana sering bermain muzik dengan terlalu kuat,” katanya.

Difahamkan, kejadian menyayat hati itu berlaku  pada Ahad lalu sekitar pukul 6 petang dimana mangsa meminta ayahnya wang untuk membeli jajan di kedai belakang rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah menyebabkan bapanya meminta pertolongan daripada penduduk kampung untuk mencari anaknya.

Bagaimanapun, pada hari Khamis mayat anaknya telah ditemui di kebun malah, suspek yang tidak mempunyai rasa serba salah meminta agar dirinya dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Jadi saya sudah tertekan. Dia pasang muzik kuat-kuat, sangat mengganggu,” jelas suspek.

Sumber: mStar 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd