Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Dua Anak Dipenjara Sebulan, Mengaku Curi Sabun & Syampu Bagi Kegunaan Harian

Bapa Dua Anak Dipenjara Sebulan

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencuri barangan keperluan bernilai RM113.70 di sebuah pasar raya, pada 1 Januari lalu.

Hukuman itu diputuskan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak terhadap Muhamad Azrul Haqim Azman, 29, yang juga penganggur, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya pada Isnin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan mencuri dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat menyimpan harta benda di sebuah pasar raya di sini kira-kira jam 9.30 malam.

Bapa Dua Anak Dipenjara Sebulan

Kes berkenaan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, manakala bagi kesalahan berulang, tertuduh boleh dikenakan hukuman lebih berat termasuk sebatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.

Dalam rayuannya, peguam tertuduh memaklumkan anak guamnya berdepan kesukaran hidup selepas kehilangan pekerjaan dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

Selain itu, katanya, tertuduh juga sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil berusia empat tahun dan tiga bulan.

Artikel lain: Suami Isteri Dipenjara Sehari Selepas Mengaku Curi Minuman Keras, Ikan Cencaru & Kicap

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut peguam terbabit, barangan yang diambil itu bukan untuk tujuan komersial sebaliknya bagi kegunaan harian tertuduh dan keluarganya.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa tertuduh menghidap penyakit darah tinggi, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes itu merupakan kesalahan pertama yang dilakukan olehnya.

Mahkamah kemudian memutuskan hukuman penjara ke atas tertuduh berkuat kuasa bermula tarikh tangkap pada 2 Januari lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ely Nazihah Ahmad Yunus manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ummi Sharmimi Harun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd