Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bantuan Sara: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

Nilai ‘RM100’ bagi sesetengah pihak tidak memberi kesan besar dalam kehidupan seharian, namun bagi mereka dalam kalangan B40, nilai itu cukup tinggi dan amat diperlukan terutama dalam menghadapi kos sara hidup semakin mencabar ketika ini.

Ibu tunggal Norfizah Abu samah, 56, menyifatkan ia bagai hilang separuh beban ditanggungnya sebaik mendapat perkhabaran kerajaan meningkatkan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM1,200 dengan dibayar RM100 setiap bulan sepanjang tahun ini.

Bantuan tersebut katanya, bukan sahaja meringankan perbelanjaan dapur malah turut membantu menyara ibunya yang uzur berusia 98 tahun.

Kos sara hidup semakin mencabar

Gambar Hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KPKM Anjur Jualan Agro Madani, Bukti Tekad Kerajaan Tangani Isu Kos Sara Hidup Rakyat

“Saya sangat berpuas hati kerana dengan adanya wang ini bolehlah saya membeli beras, minyak masak, gula, susu dan biskut. Jika lebih lagi mungkin boleh beli sabun pencuci baju pula,” katanya yang  memperuntukkan antara RM250 hingga RM300 membeli barangan dapur setiap bulan.

Peningkatan kadar bayaran SARA kepada RM1,200 bagi kategori isi rumah berbanding RM600 sebelum ini merupakan komitmen jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Ini kerana, peningkatan sebanyak RM600 itu secara tidak langsung berdaya untuk meningkatkan kuasa beli isi rumah berpendapatan rendah dan mengurangkan masalah sosial kesan daripada faktor kemiskinan, kata pensyarah kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM) Dr Roza Hazli Zakaria.

Gambar Hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahan pendapatan akan dibelanjakan bagi membeli barang keperluan yang tidak dapat diperoleh jika tanpa bantuan ini dan secara tidak langsung meningkatkan keupayaan membeli rakyat.

“Dalam konteks isi rumah berpendapatan rendah, kenaikan kos sara hidup akan memberi tekanan kepada golongan ini, dan ini juga boleh menyebabkan banyak masalah sosial seperti keciciran persekolahan, kekurangan makanan berzat kepada kanak-kanak, konflik rumahtangga, malah kemungkinan berlakunya peningkatan kadar jenayah.
Justeru, wajar kerajaan terus membantu golongan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Roza berpendapat bantuan berbentuk tunai bukanlah solusi mampan untuk jangka masa panjang, sebaliknya perancangan bagi meningkatkan kebolehupayaan golongan tersebut meningkatkan taraf hidup tanpa bergantung kepada bantuan tunai semata-mata sangat diperlukan.

Gambar Hiasan

“Tidak dinafikan bantuan tunai membantu golongan berpendapatan rendah memenuhi keperluan tetapi bantuan seperti ini tidak kekal dalam jangka panjang khususnya bagi kedudukan fiskal kerajaan. 
“Oleh itu, golongan berpendapatan rendah juga perlu dibantu untuk menjana pendapatan contohnya dari segi latihan dan modal, bantuan pemasaran produk dan sebagainya,” katanya.

Biarpun begitu, Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Ahmed Razman Abd Latiff melihat bantuan SARA yang lebih bersasar membolehkan kerajaan mengurangkan pembelanjaannya, sekali gus melaksanakan lebih banyak inisiatif membantu rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gambar Hiasan

“Apabila subsidi pukal beralih kepada subsidi bersasar, kerajaan dapat penjimatan dan penjimatan tersebut boleh digunakan untuk maksud lebih banyak bantuan kepada rakyat.
“Ini (pemberian SARA) mengikut amalan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang mengutamakan bantuan tunai atau baucar kepada rakyatnya dan subsidi hanya kepada pemain industri,” katanya.

Program subsidi bersasar SARA yang bermula secara berperingkat berjumlah RM700 juta iaitu penambahan sebanyak lima kali ganda berbanding RM130 juta tahun lepas.

Dengan agihan secara bersasar ini, membolehkan kerajaan memperluaskan bantuan tersebut kepada lebih 700,000 penerima berbanding 230,000 pada tahun lepas dan ini merupakan langkah wajar, kata Ketua pegawai eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Dr T. Saravanan.

Gambar Hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini kerana, ketika ini begitu ramai terkesan dengan kenaikan kos sara hidup dan memerlukan suntikan bantuan daripada kerajaan memandangkan pendapatan B40 agak rendah sedangkan kos sara hidup kian meningkat.

“Penerima kategori isi rumah mempunyai lebihan RM100 untuk dibelanja memandangkan ia akan disalurkan secara bulanan bagi isi rumah dan warga emas tiada pasangan.
“Jadi ini akan memberi kelegaan kepada penerima, iaitu mereka boleh menarik nafas lega setiap bulan kerana tahu sekurang-kurangnya ada wang tambahan untuk menanggung kos makanan mereka.
“Bantuan ini juga diharap dapat membantu penerima mengurangkan kesan inflasi dan meringankan beban mereka dalam menyara keluarga masing-masing, terutamanya  bagi individu yang mempunyai ramai anak,” katanya.

Pelaksanaan SARA tahun ini telah bermula secara berperingkat pada 22 Jan lepas bagi penerima dari Semenanjung manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 19 Feb depan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd